DEPOSIT CPM APRIL 2025


BORANG KEHADIRAN & MAKLUMAT PROGRAM INTENSIF 2 HARI 1 MALAM & PENGANUGERAHAN  CERTIFIED PROFESIONAL MUTAWWIF (CPM)



Tips video pengenalan diri 2-3 minit & sertakan sekali resume lengkap anda untuk dihantar semasa sesi CPM

Video 1:
Sila promosi diri anda sendiri????
1. Kenalkan nama, latar belakang diri, pekerjaan, lulusan pengajian
2. Ceritakan sikit pengalaman Umrah haji jika ada
3. Ceritakan bagaimana terbuka hati utk sertai SPHU
4. Kongsikan dengan gembira bagaimana perjalanan pembelajaran SPHU membantu anda meningkatkan kefahaman berkaitan Umrah Haji
5. Jelaskan sebab2 mengapa ramai mereka diluar sana yg berimpian ketanah suci atau yg nk jd bakal mutawwif perlu sertai journey SPHU????
6. Sekiranya anda diterima sebagai Mutawwif/fah dimana2 sykt travel di Malaysia, apakah komitmen atau pembaharuan yg anda akan lakukan????

Video 2:
1. Pilih 1 topik dari modul-modul yang dipelajari sepanjang SPHU dan jadikan tazkirah pendek bervideo dalam tempoh 5 minit.

ATURCARA PROGRAM




PEMARKAHAN

                                           
  
Q & A PESERTA


TERMA DAN SYARAT

1.  Sekiranya berlaku apa-apa perubahan diluar kawalan kami, pihak AMTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang KOS yang telah dikeluarkan.

CONTOH: tiket penerbangan, hotel dan apa jua kos yang lain.

2.  Ketika mengisi maklumat pendaftaran di dalam pautan, peserta hendaklah membayarkan wang deposit berjumlah RM100 kepada pihak pengurusan.Wang deposit akan dikembalikan ketika program telah pun selesai.


SESI PENDAFTARAN

1.  Bagaimana ingin mengisi pendaftaran untuk kehadiran program ini?

Sesi pendaftaran untuk kehadiran dalam program ini akan dimaklumkan selewatnya   3  minggu   sebelum   tarikh  program   dijalankan   melalui pengumuman rasmi dalam WhatsApp Group bagi setiap Batch. Peserta WAJIB mengisi maklumat kehadiran dan maklumat diri di dalam pautan yang diberikan oleh pihak urusetia.


2.  Bagaimana pula sekiranya saya tidak dapat menghadirkan diri ke program ini mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia?

Bagi peserta yang tidak dapat hadir, WAJIB juga untuk mengisi maklumat melalui pautan yang diberikan oleh pihak urusetia.  Peserta tersebut WAJIB menyatakan alasan / sebab munasabah dan perlu  sertakan  surat rasmi untuk menyatakan tidak hadir ke program ini  mengikut  tarikh  yang  telah ditetapkan oleh pihak urusetia. Sijil pentauliahan akan diberikan pada sesi pertemuan dan pendaftaran program yang akan datang.


3.  Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum menghadiri program ini?

Peserta hendaklah dalam keadaan yang sihat dan tidak mempunyai kontak rapat dengan seseorang yang positif COVID-19. Pastikan diri anda tiada sebarang gejala seperti demam, sakit badan dan sebagainya.


4.  Bilakah waktu yang perlu saya hadir untuk pendaftaran masuk ke program ini?

Waktu yang perlu peserta hadir untuk  pendaftaran bermula Jam 12.30 Tengahari.Sila pastikan tuan puan telah pun makan tengahari sebelum masuk mendaftar.

        

PENGANGKUTAN

1.  Adakah pengangkutan disediakan oleh pihak urusetia?

   Tidak, pengangkutan adalah tanggungan peserta sendiri sama ada pengangkutan udara, darat atau air.


2.  Adakah tiket atau perbelanjaan perjalanan peserta diberikan?

  Tidak diberikan, sebarang tiket perjalanan atau perbelanjaan tidak boleh dituntut dari pihak urusetia, itu adalah tanggungan peserta yang menghadiri program ini seperti tiket penerbangan, tambang teksi atau Grab atau lain-lain pengangkutan, perbelanjaan Touch n Go atau lain-lain perbelanjaan untuk sepanjang perjalanan menuju ke tempat program dijalankan.


3.  Bolehkah peserta membawa kenderaan sendiri? Dan adakah tempat letak kenderaan disediakan untuk para peserta?

Peserta boleh membawa kenderaan sendiri. Tempat letak kereta disediakan berdekatan dengan tempat penginapan dan tempat program berlangsung dengan kapasiti terhad (first come first serve). Tempat letak kenderaan yang disediakan adalah percuma (jika ada sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa).


ETIKA BERPAKAIAN

1.  Apakah etika pemakaian untuk program ini?

Hari pertama program, peserta hendaklah berpakaian kemas, sopan & menutup aurat dan memakai kasut bertutup.

Untuk sesi tazkirah dalam kumpulan pada hari pertama, peserta yang ada menempah T-Shirt ekslusif SPHU hendaklah memakai T-Shirt berkenaan.


Bagi hari kedua, para peserta hendaklah berpakaian yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia iaitu:

a) LELAKI              : Hendaklah memakai Jubah Putih & berkopiah (beserta vest AMTC sekiranya ada) / songkok (warna tidak kisah) dan kasut bertutup.

b) WANITA          : Hendaklah memakai Jubah Hitam/warna gelap (beserta vest AMTC sekiranya ada) & menutup  aurat (Tudung tidak kisah warna apa sahaja) dan kasut bertutup.


PENGINAPAN DAN MAKANAN

1.  Adakah penginapan disediakan untuk peserta?

Ya, penginapan disediakan kepada peserta selama 2 hari 1 malam.


2.  Adakah penginapan yang disediakan berkongsi atau persendirian?

Penginapan yang disediakan bermula tahun baru 2025 adalah secara triple sharing iaitu 1 bilik untuk 3 orang, ( 1katil Queen 2 orang & 1 Katil Single 1 orang ).


3.  Bolehkah peserta membawa ahli keluarga / pasangan / saudara / anak /kawan untuk menemani / bersama-sama hadiri dalam program ini?

Secara prinsipnya program ini khas untuk peserta sahaja, untuk  tempahan bilik dan makanan bagi ahli keluarga / pasangan / saudara / anak / kawan yang menemani / bersama-sama hadiri dalam  program  ini  adalah  atas tanggungan sendiri. Bilik yang telah ditetapkan untuk peserta tersebut akan diberikan kepada peserta lain yang terlibat. Peserta tidak boleh menuntut sebarang bayaran tuntutan untuk bilik/ makanan yang ditempah sendiri.

PENTING ; Kepada peserta yang akan membuat tempahan bilik penginapan sendiri sila buat tempahan terus kepada pihak hotel dan sila maklumkan kepada pihak urusetia di talian 010-4071700 (Pn.Ain) selewat-lewatnya 3/3/2025 JAM 12.00 TENGAHARI.


4.  Adakah makanan disediakan sepanjang 2 hari 1 malam ini?

Ya, makanan akan disediakan sepanjang 2 hari 1 malam di tempat penginapan yang telah disediakan. 

5.  Di manakah ruang program ini akan dijalankan? Dan apakah ruang yang disediakan sepanjang program berjalan?

Program ini akan dijalankan di dewan seminar konsep “classroom”.Peserta hendaklah menjaga penjarakan sosial 1 meter di antara tempat duduk yang telah disediakan oleh pihak urusetia.Solat boleh didirikan di Surau Hotel  dan  boleh solat berjemaah. Di ruang makan, peserta hendaklah beratur dengan mengikut penjarakan sosial. Peserta juga perlu mengikut prosedur yang ditetapkan ketika berada di dalam ruang lif.


PERINGATAN PENTING


1.  Bagi mana-mana yang telah mengesahkan kehadiran, tetapi tidak hadir dalam Program Intensif 2H 1M & Penganugerahan CPM, akan dipertimbangkan untuk menunda ke tarikh lain bersama batch yang lain dengan KOS PEMBIAYAAN SENDIRI .

2.  Bagi peserta yang tidak hadir DUA KALI samada yang telah mengesahkan kehadiran atau belum ke sesi CPM,Peserta perlu membayar kos Penginapan & Pengurusan dengan Bayaran RM250.00

3.  Bagi peserta yang tidak hadir saat akhir deposit RM100.00 tidak akan dipulangkan kerana pihak pengurusan telah membuat tempahan penginapan serta makan minum peserta sepanjang tempoh 2h1m.

4.  Pelajar yang tidak menjelaskan BAYARAN PENUH akan DISEKAT untuk menghadiri program ini

5.  Sijil “CERTIFIED PROFESIONAL MUTAWWIF”  bukanlah 1 jaminan pekerjaan tetapi sijil ini boleh digunakan sebagai bukti sokongan untuk memohon pekerjaan atau menjadi mutawwif / mutawwifah di mana-mana agensi travel di seluruh Malaysia




             

        

MONTAJ CPM








GALERI GAMBAR HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG

PINTU UTAMA MASUK HOTEL


PINTU HADAPAN HOTEL


RECEPTION HOTEL


DEWAN PROGRAM


DEWAN MAKAN 





BILIK PENGINAPAN TRIPLE SHARING 
(1 KATIL QUEEN & 1 KATIL SINGLE)


SURAU HOTEL SERI MALAYSIA BAGAN LALANG


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
DEPOSIT CPM BATCH 1 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 2 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 3 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 4 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 5 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 6 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 7 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 8 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 9 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 10 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 11 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 12 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 13 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 14 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 15 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 16 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 17 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 18 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 19 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 20 HABIS STOK
DEPOSIT CPM BATCH 21 HABIS STOK
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN