KHIDMAT BADAL HAJI
Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah saw. menjawab, "Boleh." Ini pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, "Tidak wajib."
Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh, maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya.
Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mayit. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.
Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, "Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan."
Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."
Semoga ALLAH SWT mengurniakan haji yang mabrur kepada orang yang dihajikan, Amin.SOAL JAWAB
- Apakah hukum menghajikan orang yang telah meninggal dunia?
Jika orang yang telah meninggal dunia itu belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta maka hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya. Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Ini pada haji pertama. Adapun jika si mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau dia berwasiat supaya dihajikan.
2. Apakah pahala yang dapat diperolehi jika mengerjakan haji bagi orang yang meninggal dunia?
Orang yang mengerjakannya dapat pahala membantu dalam perkara kebajikan. Orang yang mati itu pula gugur kewajipan.
HIKMAH BADAL HAJI KEPADA UMAT ISLAM
Dalam setiap ibadah yang dilakukan pastinya Allah datangkan bersamanya hikmah, begitu juga dengan badal haji. Di antara salah satu hikmah yang dapat kita ambil dari pelaksanaan badal haji ini adalah Allah masih memberi peluang kepada anak-anak untuk berbakti kepada orang tua mereka dengan menyempurnakan ibadah haji yang tidak sempat dilaksanakan ketika masih hidup di dunia. Oleh yang demikian, terimalah tanggungjawab ini dengan berlapang dada.
PERKHIDMATAN BADAL HAJI
AMTC adalah pilihan Badal Haji yang TEPAT buat yang tercinta yang telah pergi menghadap Ilahi atau yang sedang sakit tiada harapan sembuh. Maka hadiahkan mereka pakej perlaksanaan ibadat yang lengkap dan terjamin. Sesungguhnya kami amat mementingkan KUALITI dan KEBERKATAN dalam perlaksanaan .Hanya 200 kuota sahaja setahun diseluruh Malaysia.
MENGAPA menggunakan khidmat AMTC ?
- Berpengalaman mengendalikan khidmat Upah Haji selama lebih 11 tahun
- Khidmat upah Haji bagi yang telah meninggal dunia/uzur dengan akad yang jelas
- Diuruskan sepenuhnya oleh perwakilan AMTC di Mekah
- Pengurusan yang telus & berwibawa serta diyakini
Harga PROMOSI Khidmat Badal Haji untuk tahun 2024/1445H adalah RM3,500.00 sahaja:-
* Hadiah dan Cenderahati Tertakluk kepada perubahan semasa.
* Termasuk kos penghantaran barang-barang cenderahati.
DAFTAR SEGERA...!!!
PERLAKSANAAN IBADAH BADAL HAJI TAHUN 2024/1445
1. AMTC sebagai wakil pemegang amanah akan menyerahkan upah haji kepada wakil kami yang berada di Kota Makkah Al-Mukarramah antaranya pelajar atau pekerja atau Mutawwif yang mempunyai pengalaman luas dalam mengerjakan ibadah Haji dan Umrah setiap tahun.
2. Perlaksana Badal haji (telah mengerjakan haji) akan melaksanakan upah haji bagi mewakili seorang sahaja nama hingga selesai.
3. Apabila selesai perlaksanaan ibadah tersebut. Pihak AMTC akan hubungi waris untuk mengambil atau post sijil/cenderahati iringan. (Tempoh sebulan atau lebih selepas selesai..insyaAllah)
Pengurusan Upah Haji adalah termasuk perkara berikut :
1. Wukuf di Arafah (09 Zulhijjah)
2. Melontar di Mina
3. Tambang dari Mekah ke Arafah
4. Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
5. Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
6. Tawaf dan saie' haji
7. Kos operasi pengurusan di tanah air dan Mekah.